'Bodyguard' Masih Belum Sedarkan Diri, Polis Nasihat Hafizul Harawi Serah Diri

TERKINI
April 15, 2024 - 12:34 PM


Ketika umat Islam di Malaysia masih sibuk merayakan Aidilfitri, berlaku pula kejadian tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 awal pagi semalam. Lebih mengejutkan apabila suspek tersebut adalah orang Melayu Islam yang mencuba untuk menembak isterinya yang baru pulang mengerjakan Umrah. 

Cubaan suspek itu bagaimanapun gagal kerana tembakannya terkena pengawal peribadi yang kini cedera parah dan masih belum sedarkan diri.

Kejadian itu telah menyebabkan trauma untuk isteri suspek memandangkan perkara tersebut berlaku dihadapan matanya. Isteri suspek yang bernama Farah Md Isa atau Farah Cie juga telah berkongsi di Facebook tentang perkembangan mangsa dikenali sebagai, Along.

Dalam pada itu, Polis mendedahkan suspek yang kini sedang diburu itu dikenali sebagai Hafizul Hawari berusia 38 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata kejadian berlaku sekitar jam 1.20 pagi di pintu masuk balai ketibaan KLIA ketika wanita itu sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

Untuk rekod, suspek dan isterinya ada mengusahakan syarikat agensi pelancongan dan umrah yang beroperasi di sini. 

Menurut Mohd Shuhaily, siasatan mendapati suspek pada awal melempar satu mercun sehingga mencederakan dua orang awam sebelum menghampiri isteriya yang berada di pintu masuk balai ketibaan di situ.

"Suspek bertindak nekad menghampiri mangsa iaitu isterinya dan melepaskan tembakan dalam jarak dekat ke arah mangsa (isteri), antara tiga hingga empat meter.

"Satu das tembakan tersasar dan satu das mengenai pengawal peribadi. Wanita itu yang menjadi sasaran sebenar terselamat daripada tembakan itu.

"Suspek kemudian melarikan diri ke aras dua Blok C, yang mana suspek datang dan meletakkan kereta di situ.

"Hasil siasatan awal, sememangnya jelas kita dapat kenal pasti suspek dan dia mempunyai senjata. Buat masa ini kita telah melancarkan operasi mengesan suspek," katanya dalam sidang media di Balai Ketibaan KLIA.

Selain itu, Mohd Shuhaily juga menyarankan suspek untuk menyerah diri secara aman di mana-mana balai polis berhampiran dan tidak lagi mengeruhkan lagi keadaan.

"Serahlah diri secara aman. Apa yang berlaku (tembakan) pagi tadi telah pun berlaku, apa yang akan berlaku selepas ini tidak akan dapat membetulkan insiden pertama tadi.

"Dalam konteks ini, polis mengenal pasti suspek sebagai bersenjata dan juga berbahaya. Kita minta orang awam yang ada terlihat suspek untuk berkongsi maklumat dengan polis namun jangan bertindak sendiri," katanya.

 

Kredit: Berita Harian & Facebook

Destination: