'Coklat Minda' Tanpa Label Giat Dijual Di Perkarangan Sekolah, Ibu Bapa Diminta Berhati-Hati
TERKINISeorang ibu menyuarakan kekhuatirannya berkenaan dengan pihak tidak bertanggungjawab yang menjual produk minda kepada anak-anak sekolah.
Wanita tersebut amaran kepada ibu bapa lain agar tidak mudah tertipu dengan helah penjual coklat minda di kawasan pekarangan sekolah.
Menurut hantaran Anna Shafize di Facebook, dia membeli produk itu untuk memenuhi permintaan anaknya. Wanita itu bagaimanapun terkejut apabila mendapati produk itu hanyalah coklat biasa.
“Tergamak sungguh menipu budak-budak. Ingatkan ubat dalam bentuk tablet, rupa-rupanya memang coklat.
“Dahsyat, sejak bila coklat boleh turunkan kolesterol badan? Sampai ‘claim’ boleh cegah sakit jantung,” katanya.
Menurut wanita itu, produk tersebut juga tidak mempunyai sebarang label dan dijual pada harga RM10 sebotol.
Berdasarkan perkongsian, penjual berkenaan pada awalnya bertindak mengedarkan risalah memaklumkan butiran mengenai makanan tersebut.
Menerusi risalah itu, dinyatakan keistimewaan coklat minda antaranya ia dibaca dan didoa mengikut kaedah ulama silam.
"Khasiatnya bukan setakat mencerdaskan minda tetapi juga sesuai untuk kegunaan seisi keluarga terutama untuk anak-anak yang sedang bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan," katanya.
Selain itu, penjual mendakwa produk itu kononnya dapat meningkatkan fungsi otak, menurunkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, memperbaiki mood dan meningkatkan tenaga.
Dalam pada itu, Anna Shafize turut mendakwa, bisnes pada hari ini cenderung menggunakan agama sebagai faktor pelaris.
"Tengoklah coklat minda ini. Warna-warni macam coklat yang dijual di kedai kedai itu.
"Cara mereka edar kertas sebegini kepada anak-anak di luar pagar sekolah sebab kebanyakan sekolah tidak benarkan jurujual masuk ke sekolah," ujarnya.
Sumber: Facebook