"Cuti Bukan Hak" - Kenyataan JPA Buat Netizen Bengang

TERKINI
February 29, 2024 - 03:43 PM


Di alam pekerjaan, pastinya ada cuti yang diperuntukkan untuk para pekerja bagi menjaga kebajikan mereka. Ini kerana cuti adalah salah satu cara untuk memberi rehat kepada pekerja yang telah penat bekerja.

Di Malaysia, terdapat enam jenis cuti yang wajib diberikan oleh majikan kepada pekerja. Enam cuti tersebut adalah: 

  • Cuti Tahunan
  • Cuti Sakit
  • Cuti ‘Hospitalisation’
  • Cuti Bersalin
  • Cuti Paterniti
  • Lima Cuti Umum

Baru-baru ini, terdapat satu hantaran yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di platform X berkenaan dengan cuti. 

Dalam ciapan itu tersebut, JPA memaklumkan terdapat perbezaan antara cuti tahunan, cuti sakit dan kebenaran tidak hadir kerja atas sebab-sebab kecemasan am.

Menurut JPA, kadar kelayakan Cuti Rehat adalah 20, 25, 30 atau 35 hari setahun tertakluk kepada peraturan berkuat kuasa.

Namun, jumlah yang diberikan ini tidak termasuk kategori berikut:

  • Hari Rehat Mingguan
  • Hari Kelepasan Mingguan
  • Hari Kelepasan Am

Manakal Cuti Rehat boleh diambil pada bila-bila masa dalam tahun berkenaan dengan kelulusan Ketua Jabatan.

Namun begitu, terdapat visual lain di ciapan yang sama. Visual yang tertera ayat 'CUTI BUKAN HAL' telah menimbulkan kemarahan warganet Malaysia.

Ini kerana, menurut JPA, cuti bukanlah hak pekerja tetapi ia adalah satu kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rara kurang senang dengan perkara tersebut kerana berpendapat cuti adalah hak untuk semua pekerja.

Tambah netizen lagi, pekerja yang tidak diberikan cuti dikatakan seolah-olah seperti ‘hamba’. Ada juga yang berpendapat bahawa semua pekerja berhak untuk cuti dan rehat. Ini kerana, manusia zaman sekarang bukan hamba.

Ada juga netizen yang berkata bahawa rehat penting untuk pekerja agar mereka kekal sihat dan produktif. 

 

Sumber: X & The Rakyat Post

Destination: