"Dah Rogol Anak Orang Lepastu Bangga!" - Perogol Biadap, Ancam Sebar Video Wanita Dirogol 2 Rakan Teman Lelaki

TERKINI
December 14, 2023 - 12:56 PM


Susulan dari pendedahan seorang wanita tentang dirinya dirogol oleh 2 orang teman lelaki, satu akaun di TikTok dipercayai salah seorang remaja lelaki yang terlibat, telah memuat naik video provokasi dimana memaparkan aksi rogol beramai-ramai terhadap mangsa.

Walau bagaimanapun, video itu telah dipadam. Reaksi pantas netizen yang sempat sempat tangkap layar video beserta pengakuan oleh pelaku dikongsi di platform media sosial itu mencetuskan kemarahan orang ramai kerana dianggap biadap dan bodoh/

Berdasarkan video dan tangkap layar, si pelaku jelas tidak berpuas hati dengan pendedahan dibuat dan berniat untuk membalas dendam dengan menyebarkan video-video ketika mangsa dirogol.

Hal ini telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa kasihan kepada mangsa kerana termasuk perangkap teman lelakinya.

Para netizen turut menggesa pihak berkuasa untuk memandang serius mengenai perkara tersebut memandangkan si mangsa dilaporkan telah membuat laporan polis.

Destination: