"Dasar Musibat!" - 6 Beradik Rogol Kanak-Kanak 11 Tahun Ditahan

TERKINI
November 22, 2023 - 05:01 PM


Pihak polis telah menahan tujuh orang dimana enam daripadanya adalah adik-beradik bagi membantu siasatan kes rogol bergilir-gilir membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di sebuah rumah di Kampung Pahat Luar pada 3 November lalu.

Difahamkan, kesemua suspek berusia 13 hingga 31 tahun dengan empat daripadanya sudah tidak lagi bersekolah itu diberkas pihak polis semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, maklumat kes itu diterima pihak polis susulan laporan dibuat ibu mangsa di Balai Polis Gerik pada pukul 9.26 malam, kelmarin.

Ibu mangsa memaklumkan yang dia telah diberitahu oleh suaminya bahawa anak perempuan mereka dirogol bergilir-gilir dengan kejadian tersebut disaksikan oleh adik mangsa.

“Siasatan lanjut mendapati, kejadian itu berlaku sekitar pukul 2 petang pada 3 November lalu. Saksi mendakwa telah melihat tujuh rakan abangnya merogol mangsa di dalam sebuah bilik di rumah jiran yang terletak bersebelahan rumah mereka katanya hari ini.

Menurut beliau, daripada tujuh suspek itu, enam daripada meraka merupakan adik beradik manakala seorang lagi merupakan kenalan.

Beliau berkata, saksi juga memberitahu, dia pernah melihat kejadian sama berlaku terhadap kakaknya sebelum ini dan perkara sama telah beberapa kali terjadi. Mamgsa juga dikatakan tidak bersekolah.

“Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan,” katanya.

 

Sumber: Kosmo

Destination: