"Dia Orang Baik Yang I Tak Sempat Jumpa" - Wanita Kongsi Kisah Dikirim Buah Harum Manis Dari 'Mat Labu' Buat Warganet Tersentuh
TERKINITidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan. Itulah ungkapan yang tepat untuk kisah yang dikongsikan oleh @farrashafeka di platfrom X. Kisahnya bermula sewaktu Farra yang sedang aktif membuat sesi live streaming bersama kenalannya yang tinggal di Perlis
Out of topic.
— fawwah (@farrashafeka) April 17, 2024
Masa i active buat live streaming i ada kawan dengan budak perlis and time tu musim harum manis. Sepanjang hidup i tak penah rasa buah tu sebab ingat manga biasa. So i borak dalam live i teringin nak rasa buah tu. https://t.co/WdOinp3zij
Ketika sesi live itu berlangsung, Farrah menyatakan hasrat untuk mencuba buah yang cukup sinonim dengan negeri Perlis iaitu Mangga Harum Manis kerana dia belum berkesempatan untuk mencubanya. Secara kebetulan, ketika itu adalah musim harum manis.
Tiba-tiba, muncul seorang penonton di sesi live tersebut dengan nama 'Mat Labu' yang meninggalkan komen berbunyi "arwah ayah ada tanam harum manis kalau nak kene tunggu seminggu’".
Siapa sangka, orang asing yang tidak dikenali sudi untuk berbuat baik kepada Farra. Farra pun memberikan alamatnya pada Mat Labu dan dia juga meminta alamat Mat Labu sebagai balasan. Ternyata, benar Mat Labu menghantar beberapa biji buah Mangga Harum Manis pada Farrah.
Dua tahun kemudian, Farrah mendapat khabar berita bahawa Mat Labu telah meninggal dunia akibat dilanggar lari ketika hendak pulang dari praktikal. Farrah juga berkongsi sedikit kisah hidup Mat Labu yang cukup sayu dimana dia telah kelihangan kedua-dua ibu bapanya juga akibat kemalangan.
Mat Labu hidup menumpang kasih bersama nenek dan juga adiknya. Setelah pemergian Mat Labu, barulah Farrah mengetahui bahawa dia yang mengajar kenalannya di Perlis untuk post barang kepada Farrah. Akhir kisah ini Farrah berharap orang ramai yang tersentuh dengan kebaikan Mat Labu untuk sedekahkan bacaan Al Fatihah buat arwah dan juga keluarganya.
"Dia orang baik yang i tak sempat jumpa" - Farrah
Kita sering nampak keburukan pengguna media sosial, namun masih ada juga mereka yang berhati mulia. Jadilah seperti Mat Labu wahai warganet.
Sumber dan Kredit: @farrashafeka