Dikecam Kerana Sentuh Isu Palestin-Israel, Profesor AS Burukkan Malaysia Sebelum Cabut Lari

TERKINI
April 25, 2024 - 02:44 PM


Seorang profesor dan ahli akademik dari Amerika Syarikat, Bruce Gilley yang tular selepas mengeluarkan kenyataan tidak sensitifnya berhubung konflik Palestin-Israel sehingga mencetuskan kontroversi sudah meninggalkan Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh dirinya di laman X pada pagi khamis. Dalam hantaran yang sama, dia juga tanpa segan silu membuat dakwaan serius dengan menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara 'islamo-fascist' atau pelampau Islam.

Malah, dia juga cuba mencalarkan imej negara dengan menyifatkan Malaysia sebagai negara yang tidak selamat untuk dilawati.

"Saya telah selamat berlepas dari Malaysia, selangkah di depan gerombolan Islamo-fasis yang disebat oleh kerajaan di sana. Ini bukan negara yang selamat untuk dilawati sekarang," katanya sambil memaklumkan akan terus memberikan makumat terbaharu selepas ini. 

Untuk info, Bruce hadir ke Malaysia bagi memberikan syarahan dalam satu program akademik di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.

Kehadiran Bruce di Malaysia telah mencipta kontroversi di kalangan rakyat tempatan selepas mengeluarkan kenyataan yang memihak kepada rejim Zionis dalam konflik yang berlaku antara Israel dan Palestin.

Dia yang juga Profesor Sains Politik di Universiti Negeri Portland turut membuat kenyataan cukup serius dengan mendakwa terdapat ahli politik Malaysia menyokong pembunuhan beramai-ramai atau lebih dikenali sebagai peristiwa holocaust terhadap orang Yahudi. 

Susulan daripada kontroversi ditimbulkan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan agar sebarang program dan aktiviti dijadualkan yang dihadiri individu terbabit dibatalkan segera. 

Menterinya KPT, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, mereka memandang serius kenyataan dikeluarkan itu yang disifatkan sebagai mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat.

Menurut Zambry, beliau turut meminta UM untuk menyiasat insiden berkenaan dan segera melaporkan kepada KPT. 

 

Sumber: Majoriti

Destination: