Dituduh Jadi Fitnah Agama, Hafiz Mahamad Tampil Pertahan Siap Buat Video Simulasi & Jemput Pakar
TERKINITerdahulu, Hafiz Mahamad telah difitnah oleh satu akaun di aplikasi X yang mengatakan beliau telah melakukan satu bentuk serangan terhadap golongan wanita ketika berada di Mekah.
Berikutan itu, Hafiz ambil sikap bertanggungjawab kerana telah menjadi sebab agama islam difitnah. Hari ini, Hafiz mengeluarkan satu klip video melalui akaun sosial Instagramnya bagi memperjelaskan video tular yang pernah dilakukan beliau ketika di tanah suci Mekah sehingga menjadi fitnah sebelum ini.
Hafiz yang juga seorang usahawan turut melakukan simulasi bersama beberapa krewnya bagi menunjukan situasi asal ketika berada di hadapan Kaabah.
Malah, Hafiz turut memanggil pakar agama iaitu Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis, Dr. kamilin Jamilin bagi menerangkan bahawa Islam merupakan satu agama yang melindungi wanita.
“Saya lakukan video ni adalah untuk memperbetulkan fitnah yang telah kamu (pempengaruh Hindu yang tularkan klip video) lakukan dan lemparkan kepada saya.
“Awak mengfitnah saya dengan hanya melihat satu babak sahaja, ibarat seperti melihat penghujung kepada satu-satu filem. Jadi saya akan tunjukkan kamu situasi d Mekah,” ujarnya.