"Fikir Tak Bukan Semua Parents Mampu?" - Adrea Abdullah Pertikai Pihak Sekolah Adakan Majlis Graduasi Di Hotel Mewah

HIBURAN
January 30, 2024 - 12:43 PM


Sejak kebelakangan ini, kerap kali kita lihat di media sosial paparan video majlis graduasi pelajar yang dianjurkan pihak sekolah di hotel mewah. Isu tersebut menarik perhatian pelakon, Adrea Abdullah yang mempersoalkan trend majlis graduasi sekolah di hotel sehingga mengenakan bayaran tinggi kepada pihak pelajar.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pelakon tersebut berkata, ‘trend’ tersebut tidak sepatutnya diamalkan pihak sekolah kerana tidak semua ibu bapa mampu untuk membayar yuran yang mencecah RM150 hingga RM200 untuk seorang pelajar.

@adreaabdul Tak masuk akal! Seriously tidak adil! Korang setuju atau tidak untuk sekolah rendah & menengah adakan graduation lunch or dinner di hotel 4,5 star dan kenekan bayaran 150-200 setiap pelajar! Gile lah! #kementerianpendidikanmalaysia #trending #tren #celotehadrea #karut #takmasukakal #tidakadil ♬ original sound - Adrea Abdul

"Ibu bapa seolah-olah diwajibkan untuk membayar RM150 hingga RM200 untuk sertai majlis hari graduasi tersebut.

"RM15 ke RM20 boleh terima lagi tapi harga RM150 ke RM200 untuk pelajar saja ya. Kalau ibu atau ayah nak datang pula kena tambah lagi RM150 untuk satu kepala.

"Takkanlah majlis hari graduasi itu untuk anak ja? Ibu bapa tak datang pula kan? Nanti apa pula orang kata.

"Kalau campurkan jumlah pembayaran sekali ibu dan ayah, hampir RM500 kena bayar," katanya.

Selain itu, pelakon berusia 46 tahun itu turut mempertikai tindakan guru besar yang memilih untuk mengadakan majlis tersebut di mana-mana hotel lima bintang seakan mahu bermegah mengenai sekolah mereka di media sosial.

"Keputusan guru besar untuk anjur majlis graduasi di hotel lima bintang seperti buat emotional blackmail (memeras ugut emosi terhadap ibu bapa serta murid). Nak tunjuk sekolah kita 'have-have' (kaya) di media sosial?

"Tetapi tidak pula anda fikir yang ada ibu bapa tak mampu? Tidak semua yang kerja elok. Lagi-lagi ibu bapa yang mungkin ada ramai anak, banyak komitmen, mana mereka boleh keluarkan RM200. Kalau lima orang anak macam mana? Setiap tahun pula.

"Tak masuk akal langsung kerana seolah-olah menganiaya ibu bapa dan seperti emosi terasa seperti diperas ugut. Kalau tak bayar kesian pula anak aku sebab orang lain semua bayar.

"Yang lebih membuatkan situasi lebih buruk adalah mereka buat kumpulan WhatsApp. Ada ibu bapa murid di situ nyatakan ini dan majlis kena bayar banyak ini, ini (senarai) ibu bapa sudah bayar dan ini ibu bapa tak bayar (lagi).

"Ini membuatkan ibu bapa tertekan kerana orang lain sudah bayar tetapi aku tak bayar lagi," katanya.

Adrea juga berharap pihak Kementerian Pendidikan (KPM) masuk campur kerana merasakan penganjuran majlis graduasi di hotel mewah adalah langkah tidak munasabah.

Tambahnya, mungkin sikap mahu bersaing dan menunjuk-nunjuk segelintir sekolah membuatkan ada dalam kalangan ibu bapa termasuk guru tidak selesa dengan keputusan yang dibuat oleh guru besar.

"Kenapa tak buat di sekolah misalnya? Atau dewan komuniti. Jadi tak mahal. Kalau sekolah antarabangsa tak apa sebab mereka kaya dan tak kisah sangat bayar RM500.

"Kalau sekolah elit bolehlah mereka bayar tetapi kalau sekolah biasa, untuk anjur majlis luar biasa demi imej sekolah, ia memang tidak munasabah.

"Ibu bapa juga ada yang merungut kerana anak mereka mesti nak (beli) baju baharu. Itu kena tambah duit lagi. Ia sekali gus menjadikan satu tekanan yang tidak perlu (ditanggung ibu bapa).

"Banyak hutang dan ibu bapa banyak komitmen lain yang nak bayar. Jadi nak keluarkan duit untuk benda tak masuk akal, Subhanallah. KPM perlu cakap sesuatu sebab perkara ini tidak munasabah untuk ibu bapa bayar duit untuk anak mereka hadir majlis graduasi," katanya lagi.

 

Sumber: TikTok & Says

Destination: