
"Fuh, Lain Macam!" - Restoran Layan Diri Yang Unik, Pelanggan Yang Perlu Kira, Bayar & Ambil Baki Sendiri
TERKINISelalunya bila kita ke kedai makan atau restoran, pasti akan ada pekerja yang menyambut, mengambil dan menghantar pesanan dan menjaga kaunter pembayaran.
Namun hal yang berbeza pula berlaku di sebuah kedai makan yang menjual nasi berlauk makanan melayu.
Dia buat business macam dia meniaga dekat dalam kolej je weh ?
— Naz;Naz ?? (@_NazriH) January 8, 2024
Customer datang sendiri pilih lauk, sendiri bungkus, sendiri kira & bayar. Semua bergantung pada kejujuran customer
Aku syak owner dia introvert pic.twitter.com/xG1XY7555T
Menerusi sebuah video yang viral di X, dapat dilihat bahawa di dalam kedai tersebut tiada seorang pun pekerja yang bertugas lagi-lagi di tempat-tempat lauk dan meja pembayaran.
Menurut lelaki di dalam video tersebut, kedai tersebut mengamalkan konsep layan diri dimana pelanggan lah yang perlu membungkus, mengira, membayar dan mengambil wang baki sendiri.
Dalam video itu juga, dapat diilihat semua juadah sudah disediakan di dalam bekas makanan dan urusan pengambilan makanan perlu dilakukan sendiri oleh pelanggan.
“Memang lain dari yang lain. Kedai ini keistimewaannya menjual masakan Melayu. Lauk yang dijual sangat sedap dan harga juga berpatutan.
“Bezanya dengan kedai lain mereka tidak menyediakan tempat duduk, hanya untuk tapau sahaja. Ramai orang bekerja beli di sini, grab and go sahaja,” kata lelaki dalam video tersebut.
Yang paling unik adalah peniaga kedai makan itu juga membenarkan bayaran dibuat secara harian, mingguan atau pun bulanan.
Sumber: X & Siakap Keli