Gara-Gara Enggan Mengalah, Honda Dan Waja Saling Berhimpit Sampai Ada Yang Terbalik

TERKINI
April 08, 2024 - 11:24 AM


Di jalan raya, pasti kita akan jumpa pemandu kereta yang mempunyai pelbagai ragam sehingga menyebabkan masalah. Terkini, disebabkan enggan mengalah dan saling berhimpit, sebuah kereta terbabas lalu terlanggar penghadang jalan seterusnya terbalik dalam sebuah video yang tular di media sosial.

Menerusi video yang tular di X, dapat dilihat kereta Honda City yang sedang memecut di laluan paling kanan. Namun, tindakan kereta Waja yang masuk ke laluannya secara tiba-tiba telah menyebabkan pemandu Honda terpaksa menekan brek mengejut.

Mungkin tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Waja, kedua-duanya seakan melakukan provokasi di atas lebuh raya hingga berlaku perlanggaran sesama mereka dan menyebabkan kereta Waja terbabas dan terbalik.

Dalam pada itu, pemilik dashcam pula telah berhenti di tepi jalan lalu meluru ke arah pemandu dengan keadaan marah dan terus pergi ke arah kereta waja yang terbalik di belakang.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lokasi kemalangan berlaku.

 

Sumber: X

Destination: