Hina Nabi Muhammad SAW Sampai Buat Animasi Muka Baginda, Netizen Ajak Report Beramai-Ramai 

TERKINI
April 02, 2024 - 03:28 PM


Di Youtube, terdapat satu saluran yang telah memuat naik konten yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhamaad SAW dengan animasi berunsur negatif.

Lebih menyakitkan hati lagi apabila pencipta animasi itu tanpa rasa bersalah menggambarkan raut wajah Rasulullah SAW serta menyebarkan cerita berdasarkan hadis yang diubah suai bagi tujuan menyesatkan penonton.

Perkara berkenaan ditularkan oleh pengguna X bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk melaporkan saluran tersebut supaya tindakan dapat diambil oleh pihak YouTube.

“Jom ramai-ramai report akaun ini. Mereka pun ada akaun X, tolong laporkan semua yang mereka ada, mereka punya tahap menghina Nabi kita dah melampau,” kongsi pengguna itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa berang dengan penghinaan yang dilakukan dan mengambil inisiatif untuk melaporkan saluran berikut dan juga media sosial berkaitan yang aktif.

Ramai juga meluahkan rasa risau dengan dakyah yang disebarkan kerana mereka menggunakan ayat suci al-Quran dan hadis-hadis sahih dengan tafsir berdasarkan fahaman yang salah.

Ini kerana, secara terang-terangan, akaun terbabit hanyalah untuk mencipta kebencian orang ramai terhadap Baginda dengan maklumat dan kefahaman mereka yang salah serta ditokot tambah.

Tidak hanya itu, niat mereka juga adalah untuk menfitnah agama Islam agar dipandang buruk dan hina.

 

Sumber: X & The Vocket

Destination: