"Hodohnya Perangai" - Reaksi Seorang Lelaki Yang Berang Ditegur Merokok Undang Kecaman Ramai

TERKINI
March 29, 2024 - 12:16 PM


Merokok di dalam kedai makan adalah suatu larangan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Namun, sehingga kini masih ada yang berdegil dan tetap melakukan perkara tersebut.

Terbaru, tular sebuah video di X yang menunjukkan seorang lelaki merokok di dalam sebuah kedai makan. Insiden itu dipercayai berlaku di sebuah premis kedai makan di Selangor tetapi tidak dinyatakan lokasi sebenar.

Video tersebut mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja ia menunjukkan lelaki tersebut merokok, malahan juga menunjukkan isyarat lucah.

Difahamkan, lelaki tersebut bertindak sedemikian selepas dia ditegur untuk tidak merokok di dalam kedai makan berkenaan. 

Individu yang memuat naik video tersebut turut meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan lelaki berkenaan.

"Apa sudah jadi pada kita? Merokok adalah dilarang di kawasan premis makanan namun tiada siapa yang peduli.

"Apabila orang lain bersuara kerana kanak-kanak berumur empat tahun berada di kawasan berhampiran, mereka akan diancam," ciapnya. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya meminta Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan tegas terhadap perokok tegar yang merokok di kawasan larangan.

Menurut komen-komen yang ditinggalkan, kebanyakkan perokok semakin berani melanggar peraturan merokok di kedai makan dan restoran kerana tindakan penguatkuasaan yang rendah dan lemah. 

 

Sumber: X

Destination: