Individu Dakwa Ada Bukti Kes Simbah Asid Faisal Halim Disahkan Palsu & Guna Nama Lain
TERKINIKes simbah asid terhadap pemain kebangsaan, Faisal Halim telah menarik perhatian ramai sehingga menyebabkan muncul golongan yang membuat spekulasi tentang pihak yang melakukan perbuatan tersebut.
Antara individu yang menarik perhatian ramai adalah pemilik akaun Instagram yang bernama Muhammad Imran Suresh yang mendakwa dia ada maklumat penting tentang kes simbah asid Faisal Halim.
Bukan itu sahaja, individu itu juga menyatakan punca kejadian bukan sekadar 'bookie' tetapi melibatkan isu politik, isu dalaman FAM dan isu peribadi pemain.
Lebih membimbangkan, individu tersebut juga mengatakan bahawa akan ada ramai lagi mangsa seperti kes Akhyar Rashid dan Faisal Halim.
? https://t.co/fMA5pcLk3w pic.twitter.com/2zyoiHpmGP
— sidcat (@yoyoiweg) May 7, 2024
Terbaru, PDRM telah mengesahkan bahawa akaun Instagram atau IG milik Imran Suresh adalah palsu setelah menjalani proses mengesan dan mengenalpasti pemilik akaun Instagram berkenaan.
Selepas siasatan dibuat oleh polis dengan kerjasama MCMC, PDRM mengesahkan bahawa akaun IG milik Imran Suresh adalah akaun palsu dan akaun tersebut tidak mewakili nama yang digunakan. Sebaliknya, ada individu lain yang berselindung.
Dipetik dari BH Online, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain, berkata: “Selepas kita siasat, kita dapati akaun Instagram (Muhammad Imran Suresh) berkenaan adalah palsu.
“Kita juga sedang memantau semua akaun di media sosial dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Kita tidak boleh memberi ruang kecil untuk mereka ini ambil kesempatan untuk merosakkan keadaan,” katanya.
Malah, Shuhaily menganggap tindakan Imran Suresh itu sebagai mengganggu siasatan polis dengan mewujudkan spekulasi.
Ditanya tentang akaun akaun media sosial yang menyebarkan kebencian terhadap pemain bola sepak, setakat ini PDRM masih belum menerima sebarang laporan tentangnya.
“Kita ada kenal pasti beberapa akaun media sosial, dan kita dapati akaun-akaun ini sekejap ada sekejap tiada. Jika kita dapat ia terus buat spekulasi tidak bertanggung jawab, kita akan panggil (untuk siasatan),” tegas Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain sambil berjanji bahawa PDRM akan melakukan siasatan sekiranya ada laporan dibuat.
Sumber: Berita Harian & X