Israel Arah Penduduk Timur Rafah Berpindah Sebelum Lancar Serangan Besar-Besaran

TERKINI
May 07, 2024 - 12:37 PM


Penduduk Palestin mula meninggalkan kawasan timur Rafah menuju ke barat wilayah itu selepas diarah untuk segera berbuat demikian oleh tentera rejim Zionis.

Jurucakap rejim mendedahkan kepada media, kira-kira 100,000 penduduk di timur Rafah akan berpindah sebelum serangan besar-besaran dilancarkan ke atas Rafah yang kini dihuni kira-kira 1.5 juta penduduk. 

Dalam kenyataan di laman X, tentera rejim memaklumkan, pihaknya akan meneruskan usaha memburu Pejuang Hamas di segenap lokasi di Gaza. Rancangan itu juga katanya telah dimaklumkan kepada Amerika Syarikat.

Dalam pada itu serangan terbaharu ke atas Gaza telah meragut hampir 30 nyawa termasuk lapan kanak-kanak. Sasaran termasuk 11 kediaman di Rafah yang turut mengakibatkan sejumlah penduduk cedera. 

 

Sumber: Buletin TV3 & X 

Destination: