"Jangan Kecewakan Kami" - Wasiat Terakhir Syahid Palestin Minta Malaysia Lindungi Gaza Buat Ramai Sebak
TERKINIBaru-baru ini, tular di media sosial satu nota yang ditulis seorang penduduk di Wilayah Gaza, Palestin yang didakwa meninggal dunia akibat serangan Israel.
Nota yang juga wasiat terakhir Muhammad Abdul Qadir Al-Husseini itu ditulis pada 25 Mac lalu sebelum dikongsi oleh pengguna media sosial X @faisalazizfa semalam.
Isi kandungan nota tersebut mengandungi kekecewaannya dengan pemimpin negara Arab yang membiarkan tindakan Israel selain menyatakan mahu mengadu hal tersebut kepada Allah.
"Wasiatku kepada mu, jika aku mati dan syahid dalam perang ini, aku tidak akan memaafkan pemimpin Arab yang mengecewakan harapan kita.
"Kami sudah menjalani hari-hari yang sukar tanpa makanan dan dalam kepungan. Rambutku sudah berubah menjadi kelabu walaupun umurku masih muda. Semoga Tuhan tidak akan memaafkan kamu dan tidak akan memberkati kamu.
"Demi Allah, aku akan mengadu kepada Maha Pencipta tujuh lapisan syurga perbuatan kau. Maafkan aku, ibu. Aku amat menyayangimu. Jangan tangisi pemergianku," tulisnya.
Menerusi nota itu juga, Muhammad Abdul Qadir menyampaikan mesej kepada masyarakat Mesir, Yaman, Jordan, Lubnan, Algeria, Sudan, Tunisia dan Malaysia agar terus melindungi bumi Gaza.
"Mesejku kepada kepada masyarakat Mesir, Yaman, Jordan, Lubnan, Algeria, Sudan, Tunisia dan Malaysia, aku meletakkan kepercayaan kepada anda semua untuk tidak mengabaikan Gaza.
"Aku merayu dan menggesa anda semua untuk melindungi Gaza. Aku amat menyayangi kalian semua. Mohon jangan kecewakan harapan kami.
"Sesiapa yang menjumpai mesej ini, aku mohon sebarkan," katanya.
Perkongsian tersebut dihujani komen dari rakyat Malaysia yang rata-ratanya tidak dapat menahan sebak membaca permintaan syahid tersebut untuk melindungi negaranya.
Muhammad seorang penduduk Gaza yang telah pun syahid menulis:
— Faisal Aziz ☕️🇲🇾 (@faisalazizfa) May 27, 2024
“Wasiat ku kepada mu: Jika aku mati dan syahid dalam perang ini, Aku tidak akan memaafkan pemimpin Arab yang mengecewakan harapan kita.”
“Kami telah menjalani hari-hari yang sukar tanpa makanan dan dalam kepungan.… pic.twitter.com/qBQaCy6mqY
Sumber: X