Zahid Hamidi Mohon Maaf, Tersasul Laung ‘Hidup Israel’

TERKINI
August 05, 2024 - 05:30 PM


Malam semalam, ribuan rakyat Malaysia berkumpul di Axiata Arena Bukit Jalil bagi memberi tanda sokongan dan solidariti kita untuk pembebasan Palestin. Dalam pada itu, berlaku satu insiden yang tular dan hangat diperbualkan.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf atas kekhilafan selepas tertukar negara Palestin dengan Israel semasa semasa berpidato di pentas utama Himpunan Pembebasan Palestin yang berlangsung di Axiata Arena pada malam semalam.

“Dalam keghairahan dan rasa penuh semangat tadi, saya memohon maaf atas kekhilafan saya dalam berbicara. Namun hati yang tulus ikhlas ini tetap membara untuk melaungkan Bebas Palestin! Hidup Palestin! Merdeka Palestin! Allahu Akbar,” petik perkongsiannya di laman Facebook rasmi milik beliau.

@soltangdeparfume Saya harap tan sri zahid hamidi tersilap cakap masa ucapan himpunan pembebesan palestine tu 🙏 #prayforpalestine #himpunanpembebesanpalestine #malaysiatiktok #fypシ゚viral ♬ original sound - SOLTANG DE PARFUM

Permohonan maaf itu dikongsikannya selepas tular klip video di mana beliau terkhilaf semasa melaung ‘Hidup Palestin’ yang tertukar dengan ‘Hidup Israel’.

 

 

Destination: