Jangan Tunggang Kesedihan Orang Lain, Hormati Mereka & Beri Ruang
TERKINIKes kematian penyanyi muda Afham Mokhtar ternyata meninggalkan kesan yang besar buat rakyat Malaysia. Satu perkara yang boleh dipujji, saat Afham hilang ramai warganet yang berkongsi maklumat di pelbagai platform bagi membantu pihak polis untuk menjejakinya.
Namun, setelah pihak polis mengklasifikasikan kematian Afham sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah. Ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab memberikan teori mahupun spekulasi yang jelas akan menyinggung perasaan waris mahupun keluarga terdekat arwah.
Siapakah kamu untuk mengeluarkan statement seolah olah kamu mengenali ABANG SAYA dan teman wanitanya dengan rapat? Kami semua sangat rapat dengan Arwah dan juga teman wanitanya. Handphone arwah pada kami, di whatsapp kami baca perancangan mereka untuk berkahwin, beberapa hari https://t.co/EKDoAX1n04
— Aufa 𐙚 (@aufaamokhtar) August 15, 2024
Menurut Ketua Polis Selangor, biarpun pihak polis telah memberi klasifikasi kematian, siasatan masih diteruskan dan mereka masih menunggu siasatan makmal yang lengkap.
Jadilah seorang pengguna media sosial yang bertanggungjawab. Setiap patah perkataan yang dimuatnaik perlu diteliti agar tidak menyinggung mana-mana pihak lebih-lebih lagi buat mereka yang sedang diduga. Beri mereka ruang untuk pulih jiwa dan semangat yang hilang.
Dalam pada itu, katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkait ke situ diminta tampil membantu siasatan polis.
Katanya, maklumat boleh disalurkan terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerusi talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.