Kantoi Tak Bayar Cukai Jalan Selama 7 Tahun, Pemandu BMW X6 Ditahan JPJ

TERKINI
April 18, 2024 - 04:35 PM


Gara-gara tidak renew roadtax, seorang lelaki telah ditahan dalam operasi penguatkuasaan baru-baru ini yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),

Menurut laporan, lelaki tersebut memandu kenderaan mewah jenis BMW X6 yang telah tamat tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan selama tujuh tahun.

Dia ditahan di Lebuh Raya Grand Sepadu hala Bukit Raja kira-kira pukul 11.30 pagi semalam menerusi Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, siasatan awal mendapati lelaki tersebut baru pulang dari membeli barang di sebuah kedai di Kapar, Klang.

Katanya, lelaki itu memberikan alasan tidak memperbaharuinya LKM disebabkan hanya memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut pada jarak dekat sahaja. 

“Leaki berkenaan juga mengakui tidak pernah menukar nama selepas membeli kenderaan tersebut.

“Kenderaan tersebut juga tidak mempunyai insurans sebagai perlindungan diri,” katanya. 

Jelas Azrin, kenderaan tersebut kemudiannya disita dibawah Seksyen 64(1) APJ dan dibawa ke JPJ Shah Alam. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000, penjara sehingga 3 bulan, atau kedua-duanya sekali.

 

Sumber: Kosmo

Destination: