Kerajaan Maghribi Dedah Status Sebenar "Cicit Keturunan Rasullullah" Kepada Kedutaan Malaysia

TERKINI
February 20, 2024 - 12:02 PM


Masihkah anda ingat? Kehadiran seorang "Mawla" yang menarik perhatian orang islam khususnya di rantau Asia Tenggara? Individu yang mendakwa dirinya seorang ulama dan dari keturunan Nabi Muhammad SAW disambut dengan meriah setibanya beliau di Malaysia.

Di sebalik kemeriahan itu, ada seglintir pihak yang meragui & mempertikaikan status habib yang didakwa beliau. Sehubungan dengan itu, kerajaan Morocco baru sahaja mengeluarkan laporan siasatan kepada Kedutaan Malaysia mengenai insan bergelar Mawla Amin ini.

Latarbelakang Mawla Amin

  • Nama samaran: Habib Mohamed Amin Ben Sayed El Idrissi El Hassani
  • Nama sebenar: Mohamed Amin Ouradj merupaka
  • Pemegang dua kerakyatan: Perancis dan Algeria
  • Tempat Lahir :Algeria pada tahun 1984,
  • Berpindah ke Perancis sekitar tahun 1990-an sebelum beliau pulang ke tempat asalnya untuk meneruskan pengajian agama di University of Adrar.
  • Mula memasuki Maghribi pada tahun 2006
  • Telah berkahwin dengan wanita Maghribi pada tahun 2014.
  • Pernah mencuba untuk menukar nama beliau daripada Ouradj kepada El Idrissi.

Kerajaan Maghribi mendakwa beliau mengambil kesempatan terhadap ulama di Maghribi dan para ahli sufi dalam menaikkan pengaruh beliau di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.

Mawla Amin dikatakan menggunakan nama habib dalam untuk meluaskan lagi pengaruh beliau. Selain itu, beliau turut mendakwa mengikut jalan ahli sufi meskipun tidak dapat dipastikan amalannya

Pihak Kerajaan Maghribi secara kerasnya tidak mengesahkan sebarang aktiviti melibatkan keagaamaan terhadap individu ini.

Sehubungan dengan itu, diharapkan orang ramai lebih berhati-hati terhadap individu yang pernah menjadi kegilaan ini. Pihak JAIS pada tahun lalu turut membatalkan individu yang mendakwa daripada keturunan nabi ini.

Destination: