Kes Tular Lelaki Mabuk Buka Baju Tunjuk Ves Polis Rupanya Pegawai Kanan

TERKINI
June 28, 2024 - 02:19 PM


Baru-baru ini tular di platform TikTok di mana seorang lelaki tidak memakai baju dipercayai dalam keadaan mabuk menunjukkan ves polis kepada pekerja kontraktor jalan di Jalan Air Itam dekat George Town, Pulau Pinang baru-baru ini merupakan seorang pegawai kanan polis.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid.

Katanya, pegawai kanan yang menunjukkan ves keselamatan polis dalam rakaman video seperti yang tular di media sosial itu kini sedang dalam proses dikenakan tindakan tatatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

"Pada 26 Jun pukul 9 pagi, polis Daerah Timur Laut terkesan satu rakaman klip video dimuatkan pemilik akaun TikTok memaparkan kejadian seorang individu dipercayai di bawah pengaruh alkohol menunjukkan ves polis kepada orang awam.

"Hasil semakan mendapati kejadian berlaku di Jalan Air Itam dan individu terbabit adalah seorang pegawai kanan polis yang sedang dalam proses tindakan tatatertib jabatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

 

Destination: