"KFC Tak Pernah Ada Dalam Senarai Boikot" - BDS Malaysia

TERKINI
May 27, 2024 - 10:15 AM


Sejak tahun lalu, masyarakat dunia mula peka dengan kekejaman yang dilakukan Israel terhadap Palestin yang menyebabkan muncul gerakan memboikot jenama atau produk yang menyokong tindakan rejim zionis tersebut. 

Antara brand yang disenarai hitam oleh ramai orang sebagai tanda solidariti kepada rakyat Gaza adalah KFC yang didakwa menyalur sumbangan kepada Israel.

Terbaru, Pengerusi Kumpulan Pro-Palestin Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) cawangan Malaysia menyatakan bahawa KFC tidak pernah masuk dalam senari boikot BDS Malaysia. 

Ini kerana menurutnya KFC tidak melakukan perkara sama seperti McDonald’s, iaitu menyediakan makanan percuma kepada tentera Israel dari cawangannya di Israel.

“Untuk makluman, KFC tidak pernah masuk senarai boikot BDS Malaysia.

“Kami tidak pernah kempen rakyat Malaysia untuk boikot KFC dari dahulu sehingga sekarang,” kata pengerusi BDS Malaysia, Nazari Ismail, dalam satu kenyataan di Instagram. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BDS Malaysia (@bds_malaysia)

Malah, Nazari berkata, McD juga pada asalnya tidak termasuk dalam senarai namun terpaksa dimasukkan dalam senarai boikot apabila cawangan di Israel memberi makan secara percuma kepada tentera Zionis Isreal. 

Beliau turut meluahkan rasa lega kerana KFC tidak pernah berbuat sedemikian dan oleh itu tidak perlu dimasukkan dalam senarai boikot. 

Tambah Nazari, boikot terhadap KFC berlaku kerana rungutan dan keengganan pelanggan membeli KFC disebabkan harganya yang mahal dan bukannya kerana isu Palestin. 

Sebelum ini, dilaporkan lebih 100 cawangan KFC telah ditutup sementara dan difahamkan penutupan tersebut disebabkan oleh kesan boikot. 

BDS Malaysia sebelum ini menggesa kerajaan mengecualikan mana-mana syarikat yang diketahui terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai di Gaza daripada sebarang kontrak perolehan kerajaan.

Syarikat-syarikat tersebut termasuk syarikat senjata, Lockheed Martin, Google, dan syarikat minyak dan gas Caltex/Chevron. 

 

Sumber: BDS Malaysia & MalaysiaKini

Destination: