Lebih 300 'Mat Rempit' Sanggup Lawan Arus Lari Daripada Polis
TERKINILebih 300 penunggang motosikal bertindak melarikan diri dengan menunggang secara melawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di Bagan Ajam bagi mengelak ditahan polis dalam Ops Samseng Jalanan.
@muhammad74_7 kot" ada yang terselit 😆#fypシ #xyzbca ♬ เสียงต้นฉบับ - Deejayz Naynikk🦁 - NAY ONE K🚩
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, insiden berkenaan berlaku semasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bersama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti melaksanakan operasi membanteras samseng jalanan jam 7 malam Ahad lepas.
Menurut Anuar, siasatan mendapati kumpulan motosikal berkenaan melarikan diri dari arah Plaza Tol BORR Bagan Ajam menuju ke arah kawasan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT).
"Dalam operasi tersebut, kami telah menahan seorang penunggang motosikal di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya," katanya.
Selain itu, polis turut menyita 25 buah motosikal atas pelbagai kesalahan.
Beliau berkata, pihaknya mengingatkan pengguna jalan raya agar tidak bertindak sedemikian kerana boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri serta orang lain.