
Lelaki Bawa Anjing Masuk Ke Kedai Serbaneka Dihencap Netizen
TERKINILarangan membawa haiwan masuk ke premis makanan atau pusat membeli-belah sememangnya sudah diketehaui umum. Semuanya kerana menitik beratkan faktor kebersihan dan juga demi mengelak perkara yang tidak diingini.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video di TikTok @Shafiz2994 yang memperlihatkan seorang pengawal keselamatan menegur seorang lelaki yang membawa anjing peliharaannya ke dalam keadai serbaneka.
Watch on TikTok
“Hello, maafkan saya bos. Ini (anjing) tak boleh bawa masuk sini bos. Ada (terima) aduan dekat sini.
“Tak ada bos, sini tak boleh,” kata petugas itu dengan nada sopan untuk meminta individu terbabit berada dari premis makanan itu. Dia lalu menjelaskan bahawa anjing peliharaan itu boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai sekiranya ia bertindak agresif dengan menggigit.
Namun begitu, pelanggan lelaki itu tetap berdeil serta tidak berganjak daripada meja yang diduduki walaupun sudah dihalau berulang-kali.
Lebih teruk lagi, lelaki itu pula yang menghalau pekerja tersebut supaya beredar dan tidak mengganggu urusannya.