Lelaki Israel Yang Ditangkap Mungkin Ada Niat Nak Serang Pada Hari Raya - Ketua Polis Negara

TERKINI
April 03, 2024 - 12:16 PM


Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak faktor ancaman yang berkemungkinan dilakukan oleh seorang lelaki warga Israel yang sudah ditahan pada 27 Mac lalu

Menerusi sumber, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang dikenali sebagai, Shalom Avitan, 38, memasuki negara ini pada Ramadan.



"Kalau (mungkin) hari raya nak buat kekacauan, kalau tak ditangkap, hari raya dia ‘havoc’, tak ke kacau (susah) kita? Itu yang saya nampak dengan (impak) enam senjata api.

“Dia (suspek) turun pun masa Ramadan, dan Hari Raya Aidilfitri tak berapa lama lagi. Nasib baik cekapnya anggota dan pegawai kita," katanya.


Tambah beliau, walaupun suspek memberikan alasan ingin membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah seteru, namun alasan itu tidak harus diterima secara mudah.

Malah, beliau menegeskan suspek boleh mengancam keselamatan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, orang-orang kenamaan, diplomat asing, pemimpin-pemimpin Hamas atau rakyat negara ini sendiri.

Sebelum ini, suspek mendakwa datang ke negara ini untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negaranya untuk dibunuh kononnya berkaitan isu keluarga, namun polis tidak mempercayai dakwaan itu.

Susulan daripada itu, sepasang suami isteri diberkas polis di bazar Ramadan dekat Kuala Selangor dipercayai membeli senjata api di Thailand sebelum menjualnya kepada suspek.

Destination: