Les' Copaque Belanja 'Gameplay' Permainan Konsol Upin & Ipin, Bakal Hadir Ke PS4 & Switch

TERKINI
June 11, 2024 - 01:03 PM


Projek permainan video konsol, Upin Ipin yang dijadual siap Oktober ini semakin menjadi penantian ramai selepas beberapa klip cuplikan gameplay didedahkan.

Projek tersebut sedang dibangunkan oleh sebuah syarikat dari Las Vegas, Streamline Inc, dan bakal tiba ke konsol PlayStation 4 (PS4) dan Switch.

Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd, Burhanudin Md Radzi berkongsikan perkara itu di Facebook ketika ia diuji di pejabatnya semalam.

"Tahun lepas, kami menugaskan Streamline Inc jaitu syarikat pembikin permainan video terkenal dari Las Vegas untuk membangunkan permainan
Upin Ipin berdasarkan siri kami.

"Maka hari ini, permainan Upin Ipin telah dihantar ke pejabat kami untuk diuji. Ia adalah permainan konsol yang boleh didapati di Play Station 4 dan Switch," ujarnya dalam hantaran berkenaan.

Beliau menambah, semua kakitangan Streamline yang terlibat dalam projek itu berpangkalan di negara ini dan mereka bekerjasama secara rapat dengan pasukan Les' Copaque bagi menjaga mutu serta kualiti terbaik.

Katanya, ia adalah permainan mesa keluarga tanpa membabitkan unsur keganasan dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Destination: