"Macam-macam Spekulasi Dari Peminat" - Syasya Janji Beri Penjelasan Kepada Peminat

TERKINI
April 23, 2024 - 12:03 PM


Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis pernikahannya yang berlangsung secara tertutup kelmarin.

Syasya atau nama penuhnya Noor Syasya Afiqah Shahrizal, 23, berkata, peminatnya layak untuk mendapat penjelasan berhubung pernikahan dengan jejaka yang sehingga kini tidak didedahkan identitinya.

Menerusi perkongsian berbeza, Syasya turut memuat naik beberapa keping foto pernikahannya kelmarin.

Rata-rata memuji kecantikannya yang manis dalam persalinan serba putih sedondon dengan suami tercinta. Malah, ada juga yang menyokong keputusannya untuk menarik diri daripada Dolla kerana mahu mendirikan rumah tangga. Namun tidak kurang juga yang bermulut jahat, menyatakan  spekulasi sendiri. 

 

Destination: