Mahasiswa Jadikan Family Mart Sebagai 'Port' Buat Assignment Dikritik Netizen

TERKINI
May 28, 2024 - 12:58 PM


Jika dahulu golongan pelajar universiti sering pergi ke McDonald’s untuk menyiapkan tugasan, kini ‘port’ terbaru mereka adalah Family Mart. 'Perpindahan' tempat pelajar-pelajar berkumpul itu berlaku dipercayai kerana boikot yang dilakukan terhadap francais tersebut. 

Namun, tindakan segelintir mahasiswa menjadikan Family Mart tempat untuk mereka belajar berkumpulan dan membuat assignment telah dikritik ramai. 

Melalui satu hantaran di laman Saya Anak Perlis, seorang individu telah meluahkan rasa kurang senangnya dengan budaya tersebut. 

“Tempat sempit jugak la nak buat assignment. Bila tanya, lama lagikah? Sebab family kita nak makan. Selamba jawab, lama lagi ni bang. Saya tengah siapkan assignment,” tulisnya.

Lebih menyakitkan hati, teguran yang diberi oleh staff juga tidak diendah oleh pelajar-pelajar tersebut. 

“Makanan tak ada pun atas meja. Staf tegur pun tak jalan terus keras kat situ. Yang ni orang Perlis kata ketegaq ni. Harap Family Mart lebih cakna bab ini,” tulis pengadu lagi. 

Melihat ke ruangan komen, ramai yang bersetuju selain menyatakan ruang yang disediakan itu adalah untuk menjamah makanan dan bukannya ruang untuk belajar atau menyiapkan tugasan. 

Destination: