"Memang Patut Orang Bercuti Kat Hatyai" - Pelanggan Dicaj RM20 Untuk Sepinggan Ayam Goreng Kunyit Di Pantai Chenang

TERKINI
January 15, 2024 - 03:51 PM


Seorang pelanggan kedai makanan di Pantai Chenang, di sini, terkejut apabila dicaj RM20 untuk hidangan sepiring ayam goreng kunyit.

Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial dikenali Hada Jais, ayam goreng kunyit berharga RM20, nasi putih RM3 dan air kosong RM1 dengan harga keseluruhan makanan dipesannya RM24.

"Patutlah orang luaq (luar) kata Langkawi mahai (mahal), hampa (kamu) rasa baloii (sepadan) ka kena harga camni? nasi putih RM3, ayam goreng kunyit bodoh camtu saja sorang makan RM20, ais kosong RM1 naya kena RM24.

"Tu gambaq (gambar) kedai aku dah snap (ambil) tengoklah kat mana area Chenang jangan hampa (kamu) terkena sudah," katanya katanya dalam hantaran di Facebook yang kini tular.

Pada masa sama, pengadu terbabit meminta netizen jangan mengecamnya kerana membuat hantaran itu di media sosial susulan rasa tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan untuk sepiring ayam goreng kunyit dipesannya.

Destination: