Menyambut Masa Depan Yang Lestari Dengan Produk Berkualiti Tinggi Taiwan Excellence

TERKINI
July 10, 2024 - 11:01 AM


Taiwan Excellence yang mewakili inovasi dan pembuatan terbaik dari Taiwan, selesai menyertai ARCHIDEX 2024 yang baru melabuhkan tirai beberapa hari yang lalu. Membawa tema "Greener Together" pada ARCHIDEX 2024, menunjukkan komitmen Taiwan terhadap kelestarian. Pavilion "Hijau" Taiwan Excellence juga mengamalkan prinsip 3R: Kitar Semula, Guna Semula, dan Kurangkan.

Buat julung kalinyai, Taiwan Excellence juga telah bekerjasama dengan artis jalanan terkenal Malaysia, Kenji Chai, dan SMK SS17 Subang Jaya untuk mencipta lukisan mural setinggi dua tingkat yang bertemakan pemuliharaan alam sekitar.

Selain itu, Taiwan Excellence turut menampilkan 11 jenama terbaik Taiwan yang memenangi anugerah antarabangsa bagi membuktikan komitmen mereka dalam inovasi hijau. Antara yang mencuri tumpuan adalah YZTEK CO., LTD

Keselamatan rumah sentiasa menjadi keutamaan utama bagi setiap isi rumah. YZTEK CO., LTD. telah memperkenalkan satu inovasi yang cukup kreatif dan praktikal!

Memperkenalkan e+Autoff, sebuah peranti plug-in yang direka dengan teknologi inovatif terkini yang boleh dipasang dengan mudah ke dalam mana-mana dapur gas. Ia secara automatik mematikan dapur pada masa yang telah ditetapkan. Jadi bagi mereka yang suka memasak di rumah, anda tidak perlu risau lagi jika terlupa untuk memadamkan api di dapur mahupun "overcook" hidangan anda!

Diberikan lebih daripada 42 paten ciptaan antarabangsa, e+Autoff telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia, termasuk Anugerah Kecemerlangan Taiwan. Dengan reka bentuk yang padat dan mesra pengguna, ia beroperasi dengan lancar dengan dapur gas yang sedia ada, sambil meningkatkan keselamatan dapur dengan mudah. Terdapat dua variasi menanti anda!

1. e+Autoff  Universal 

  • Peranti ini boleh dipasang dengan mudah pada kebanyakan dapur gas dan tidak menjejaskan fungsi.
  • Pemasa boleh disesuaikan dengan masa memasak yang diignikan dari 1 hingga 99 minit dan secara automatik ditetapkan pada 15 minit apabila dapur gas dihidupkan.
  • Bunyi peringatan akan berbunyi apabila pemasa yang ditetapkan telah tamat atau bateri lemah.
  • Jika bateri tidak diganti dan kuasa yang tidak mencukupi dikesan sebelum dihidupkan, peranti akan terkunci secara automatik, menghalang dapur daripada dihidupkan.
  • Ciri keselamatan kunci direka untuk menangani kebimbangan berkaitan kemalangan dapur gas.
  • Cekap tenaga dan tahan lama; di bawah penggunaan biasa, kuasa boleh bertahan lebih daripada setahun

2. e+Autoff Compact

  • Peranti e+Autoff menggabungkan pemasa, penggera, dan pemadaman automatik.
  • Boleh dipasang dengan mudah pada kebanyakan dapur gas dan tidak menjejaskan fungsi.
  • Pemasa boleh disesuaikan pada 20, 40 atau 60 minit yang telah ditetapkan, dan secara automatik diaktifkan pada 20 minit yang telah ditetapkan apabila dapur gas dihidupkan.
  • Bunyi peringatan akan berbunyi apabila pemasa yang ditetapkan telah tamat atau tahap bateri rendah.
  • Jika bateri tidak diganti dan kuasa yang tidak mencukupi dikesan sebelum dihidupkan, peranti akan terkunci secara automatik, menghalang dapur daripada dihidupkan.
  • Ciri keselamatan kunci direka untuk menangani kebimbangan berkaitan kemalangan dapur gas.
  • Menggunakan bateri AAA, kuasa bertahan sehingga 6 bulan.

Jika anda berminat untuk mendapat kedua-dua produk ini dan untuk sebarang maklumat tambahan, anda boleh rujuk halaman Facebook Aedition.Asia

Destination: