"Merisaukan La Pelajar SPM Kali Ini" - Selepas Mat Salleh Diserang, Isu Perkataan 'Ads' Pula Jadi Perhatian

TERKINI
February 02, 2024 - 11:03 AM


Memandangkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 sedang berlangsung, macam-macam isu yang berkaitan dengan calon SPM hangat diperkatakan.

Terdahulu, seorang Mat Salleh terkejut apabila mendapati laman Instagram miliknya tiba-tiba menerima pelbagai mesej negatif yang dipercayai datang daripada calon SPM. 

Ini kerana, nama Mat Salleh yang juga seorang pemain gitar tersebut adalah Kyle Green, telah muncul di dalam ujian lisan bagi subjek Bahasa Inggeris SPM baru-baru ini.

Disebabkan itu, Green tampil membuat video memberi respon dan menjelaskan wawancara yang didengari oleh calon-calon SPM itu hanyalah fiksyen semata-mata.

“Selalunya saya tidak akan membuat video sebegini, tetapi hari ini adalah hari yang sangat pelik bagi saya.

“Pagi ini, selepas saya bangun tidur, saya dapati peti mesej saya di Intagram penuh dengan mesej daripada pelajar di Malaysia," katanya.

Terbaru, isu yang membabitkan perkataan 'ads' pula menjadi perhatian sehingga merisaukan warganet. 

Berdasarkan sebuah hantaran di X, seorang pengguna @malissaali memuat naik paparan gambar yang memperlihatkan seorang pengguna TikTok yang juga pelajar SPM memuat naik konten yang meluahkan rasa kecewa kerana tidak mampu menterjemahkan beberapa perkataan.

Mewakili sebilangan pelajar SPM, individu tersebut meluahkan kekcewaan kerana tidak mengetahui bahawa perkataan 'ads' adalah singkatan kepada 'advertisement' yang bermaksud iklan.

"Saya yang mewakili pelajar yang tidak fasih berbahasa Inggeris, sangat-sangat kecewa akan perkataan yang kami tidak boleh terjemahkan di kepala," tulisnya.

Hantaran tersebut menarik perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan kerisauan terhadap generasi yang akan datang.

"Risau la tengok tiktok pasal SPM, kenapa ramai tak tahu maksud advertisement. Ada yang cakap tak tahu ads tu is advertisement. Alright ke tak ni?"

"Membimbangkan betullah budak-budak SPM ini"

"Macam mana boleh tak tahu sedangkan layan Internet hari-hari?!" ujar mereka.

 

Sumber: X 

Destination: