Biadap Ketika Mengajar, Guru Tuisyen Tegur Tentang Hormat Kepada Pelajar Yang Tinggalkan Mesej Yang Bukan-Bukan
TERKINISebagai seorang pelajar, menghormati guru adalah satu kewajipan. Ini bermaksud, ketika guru sedang mengajar, pelajar perlu memberi sepenuh tumpuan. Namun, hal yang berbeza berlaku dalam satu sesi pembelajaran secara online di sebuah pusat tuisyen.
Baru-baru ini, tular di media sosial yang menunjukkan satu sesi pembelajaran dalam maya yang menunjukkan pelajar yang mengikuti kelas tuisyen tersebut meninggalkan komen yang bukan-bukan sehingga mengganggu guru untuk mengajar.
Boleh tahan biadap juga student zaman sekarang ya? 🙂 pic.twitter.com/KhIU02niDp
— aqilfeehily (@aqilfeehily) December 21, 2023
Menerusi video tersebut, dapat dilihat ada pelajar yang bertanyakan bila sesi pelajaran bermula sedangkan ia susah 30 minit berjalan. Selain itu, ada juga yang mempersoalkan integriti guru tersebut yang baru sahaja masuk bahagian pengenalan.
“Kalau awak tak boleh faham yang ini, macam mana awak nak faham yang lain”, jawab cikgu tersebut.
Bukan itu sahaja, ada juga pelajar yang memberi komen dengan mengatakan bahawa dah sesi pembelajaran guru tersebut hambar.
“Dia kalau hambar tidak menepati citarasa awak tu, tekan skrin sekejap, dia ada satu button kat sebelah kanan tu dia tulis ‘LEAVE'", jawab cikgu itu lagi.
Yang paling teruk, ada pelajar yang meninggalkan mesej dengan mengatakan bahawa rupa guru tersebut seakan sama dengan seorang pegawai polis yang menjadi suspek dalam kes kematian seorang calon SPM.
Geram dengan mesej yang diberikan, guru tersebut akhirnya memberi nasihat dan teguran buat pelajar tersebut.
“Macam ni lah abang kakak, boleh saya cakap sesuatu tak? Kelas dah berjalan selama 30 minit, apa yang saya nak beritahu di sini adalah benda yang paling penting, tentang hormat.”
“Bagi saya respect is to be earn, not to be given", tegasnya.
Sumber: Lobak Merah & X