"Nak Tengok Gambar Ibu" - Abdullah Mengalirkan Air Mata, Pertama Kali Tatap Gambar Jenazah Ibu

TERKINI
October 27, 2023 - 04:35 PM


Remaja yang kehilangan ibu bapa serta empat adik-beradiknya dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Segamat pada 1 September lalu menangis tatkala meratapi gambar jenazah ibu bapanya yang telah kembali bertemu Ilahi.

@rahilanoor85 ❤️❤️ Berkat doa kalian semua agar kami KUAT💪🏻💪🏻#fypシ #sayangAbdullah #keluargabahagia🤗 #perpisahantermanis ♬ Ya Nabi Salam Alaika - Ai

Saat pilu itu meruntum jiwa itu dikongsikan ibu saudaranya, Nor Hila Noor Muhammad, 38, menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Tik Tok petang semalam.

Dalam video berkenaan, Abdullah Amir Ruddin, 15, menyapu air matanya selepas melihat gambar jenazah ibunya, Allahyarhamah Noorahimah Noor Muhammad yang ditunjukkan abangnya, Abdurrahman.

“Nak tengok gambar siapa dulu,”soal Abdurrahman.

Abdullah menjawab mahu melihat gambar jenazah ibunya terlebih dahulu sebelum Abdurrahman menunjukkan gambar jenazah ibu mereka di dalam telefon bimbit.

“Jenazah la, nampak mata ibu, lawa,”jawab Abdullah sambil menundukkan muka sambil tersenyum dan mengesat air matanya yang gugur.

Biarpun dia kelihatan senyum namun jauh disudut hatinya hiba selepas mengetahui ibu dan bapanya sudah tiada disisinya.

Abdullah kemudiannya membaca al-Fatihah sebagai sedekah untuk insan tersayang sebelum abangnya turut mengalirkan air mata melihat adiknya itu menangis.

Destination: