[VIDEO] "Berak Dekat Tempat Ambil Wuduk" - Lelaki Mengamuk Lepas Ditegur, Nekad Kejar Pengadu

TERKINI
October 27, 2023 - 11:57 AM


Baru-baru ini, viral satu klip video yang dimuatnaik di paltform TikTok. Kejadian dipercayai di Seksyen 17. Seorang lelaki bertindak berang apabila ditegur membuang air besar di sebuah surau. Mungkin ramai tertanya-tanya, apa salahnya buang air besar di surau awam?

Watch on TikTok

Namun, lelaki tersebut ditegur kerana dia telah membuang air besar di tempat yang tidak sepatutnya iaitu tempat mengambil air wuduk.

Watch on TikTok

Pengadu mula merakam reaksi lelaki tersebut. Lalu lelaki tersebut mengejar pengadu yang juga merupakan seorang penjawat awam Keadaan mula menjadi kecoh apabila lelaki tersebut cuba untuk membaling kerusi ke arah pengadu

Mujur pemilik kedai mengahalang. Setelah beberapa minit aksi berkejaran, lelaki tersebut mula keletihan dan terus meninggalkan tempat kejadian. Ada yang berpendapat ia hanyalah content semata-mata. Namun, pengadu menyatakan ia benar-benar berlaku. Pihak berkuasa tempatan telah mengambil tindakan sewajarnya kepada pelaku.

Watch on TikTok

"Bukan sekadar content. Kejadian berlaku di Seksyen 17, bertarikh 25/10/2023 dan pihak Majlis Bandaraya telah mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku demi keselesaan penduduk di kawasan sekitar. "Syabas pihak Mailis Bandaraya Shah Alam kerana mengambil tindakan pantas," tulisnya.

Destination: