Remaja Tipu Ibu Angkat 25K Konon Kena Tahan Polis, Rupanya Berhibur Di Genting

TERKINI
January 19, 2024 - 03:46 PM


Tingkah laku remaja zaman sekarang sukar diduga. Berpunca dari kebebasan menggunakan internet dan juga kurang pengawasan ibu bapa, mereka terdedah dengan pelbagai perkara yang boleh memakan diri.

Baru-baru ini, seorang pelajar tingkatan tiga didakwa di Mahkamah Majistret di atas pertuduhan memperdayakan ibu angkatnya dengan helah kononnya ditahan polis sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang sebanyak RM25,000, tahun lalu.

(Gambar hiasan)

Tertuduh yang berusia 15 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin.

Turut didakwa bersamanya adalah rakan sekolahnya berusia 17 tahun dan seorang lagi tertuduh, Azri Zulhusni Nodin, 29, yang terlibat sama.

Sabit kesalahan kesemua tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 109 akta yang sama. Ada laporan menyatakan, sejurus menerima wang dari ibu angkat mereka bertiga didapati berjoli di Genting Highlands.

Destination: