Ribut Petir Dan Hujan Lebat Diramal Melanda Seluruh Negara Petang Ini
TERKINIJabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda hampir semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak petang ini.
Menurut jabatan tersebut, ribut petir dijangka akan berlaku di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan Selangor.
“Ia turut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan kawasan pedalaman di Perak.
“Bagi Sabah, ribut petir dijangka berlaku di kawasan Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat,” katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.
Menurut MetMalaysia lagi, hujan lebat turut diramal berlaku di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
Sumber: Kosmo