
Rider Enggan Guna Laluan Motor Jadi Punca Guard Tol Dilanggar
TERKINITular satu video memaparkan seorang lelaki yang dipercayai pengawal keselamatan atau guard tol dilanggar oleh sebuah motosikal di Plaza Tol Juru.
Menerusi satu di X, @mummymikamalik telah memuat naik satu rakaman dashcam yang memaparkan insiden tersebut.
7/6/2024 : accident tol sungai dua. Haa siapa salah? Motor ke orang lintas? Bincangkan pic.twitter.com/IbIJEzSGZN
— Mummy Mika (@mummymikamalik) June 10, 2024
Pada video tersebut, seorang pengawal keselamatan yang mahu melintas jalan dan berhenti sebentar sebelum bergerak semula apabila kenderaan di depannya memberikan laluan.
Disebabkan itu, pengawal keselamatan tersebut dilanggar sehingga terbaring di jalan manakala penunggang motor itu pula terjatuh daripada motornya.
Melihat keadaan itu, beberapa motor lain yang turut melalui jalan tersebut berhenti dan memeriksa keadaan penunggang motor tersebut.
Menurut individu yang memuat naik video tersebut, kejadian itu berlaku di Plaza Tol Juru pada 7 Jun lalu dan setakat mereka berada di tempat kejadian pengawal keselamatan itu mengalami kecederaan ringan.
Dalam pada itu, individu itu turut menyatakan mereka rakaman dashcam telahpun diserahkan kepada pihak juru tol disamping menyuarakan rasa geram terhadap penunggang motosikal itu.