"Rupanya Bukan Mudah Syarat Nak Jadi Ahli Briged Al-Qassam" : Kenali Pejuang Yang Sangat Digeruni Israel Ini

TERKINI
November 01, 2023 - 04:00 PM


Bagi pengetahuan anda, Briged Al-Qassam adalah sayap ketenteraan Harakat al-Muqawamah al-Islamiyah (HAMAS).

Tentera ini dikatakan sangat digeruni tentera Zionis berikutan kejayaan mereka yang mampu bertempur dengan rejim tersebut biarpun teknologi ketenteraan milik mereka tidak secanggih tentera Zionis.

Al-Qassam Diambil Sempena Nama Ulama Syria

Gelaran Al-Qassam diambil bersempena nama Sheikh Izzudin Al-Qassam -- seorang ulama dari Jableh, Syria yang ‘dibuang’ ke Palestin (pada tahun 1921) kerana telah melakukan gerakan bersenjata menentang penjajah Perancis yang menjajah Syria.

Di Palestin, ulama ini juga menentang usaha kerajaan British yang pernah merancang untuk menjadikan Palestin sebagai penempatan bangsa Yahudi. Namun disebabkan tindakan itu, beliau akhirnya ‘syahid’ pada tahun 1935 setelah dibunuh oleh tentera British.

Briged Al-Qassam Rasmi Ditubuhkan Pada 1987

Briged Al-Qassam diasaskan pada tahun 1984 oleh seorang pemimpin berpengaruh Hamas, Salah Shehadeh.

Dan secara rasminya ditubuhkan sebagai briged sayap Tentera Hamas pada tahun 1987 bagi mempertahankan tanah air Palestin daripada serangan Zionis laknatullah.

Briged Al-Qassam meneruskan kaedah yang diterapkan oleh Sheikh Izzuddin Al Qassam -- yang mana amalan kerohanian sangat dititik beratkan. 

Oleh kerana itu jika nak jadi ahli Briged Al-Qassam, mereka mesti jaga solat fardhu, solat tahajud dan hafalan Al-Quran.

Bahkan, anggota briged pun bukan calang-calang orang -- mereka terdiri daripada pensyarah, saintis, jurutera, ahli kimia, doktor, ulama dan pelajar universiti. Mereka dipecahkan kepada beberapa unit mengikut kepakaran masing-masing.

Malah, orang luar tidak dibenarkan melibatkan diri agar kesucian perjuangan mereka terjaga.

Syarat Kemasukan Anggota Briged Al-Qassam

Kisah ulama ini telah mencetuskan revolusi gerakan bersenjata di Palestin. Lantaran itu, Briged Al-Qassam secara rasminya ditubuhkan pada 1987 oleh pemimpin berpengaruh HAMAS, Salah Shehadeh untuk mempertahankan bumi Palestin daripada serangan Israel.

Bagi memasuki Al-Qassam, mereka perlu memenuhi kehendak syarat seperti:

1. Direstui ibu bapa untuk bersedia syahid bila-bila masa.

2. Mesti melakukan solat Subuh berjemaah selama tiga bulan berturut-turut dan disahkan oleh imam masjid setempat.

3. Bukan sahaja tidak pernah bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.

4. Diwajibkan mempelajari Tafsir Al-Quran dan menghafaz 40 Hadis Arba’in.

5. Setiap anggota wajib membaca Al-Quran sehari satu juz.

6. Melazimi bacaan zikir harian, berpuasa sunat dan bertahajud.

7. Memiliki kecerdasan yang tinggi dan sentiasa beriadah.

8. Sentiasa menghadiri majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.

9. Bersiap-sedia untuk syahid bila-bila masa dan di mana saja.

Kekuatan Briged Al-Qassam Yang Digeruni Israel 

Lumrah kehidupan, agama Islam sering kali dianggap ‘terrorist’ dan tempias Islamophobia itu juga dikaitkan dengan Briged Al-Qassam yang sering digelar sebagai pengganas dan militan oleh pihak media ‘Barat’.

Namun dakwaan media itu hanyalah untuk mengaburi mata penduduk di seluruh dunia. Bagi pejuang Al-Qassam, niat mereka hanya satu iaitu memerangi musuh mereka terutamanya tentera Zionis Israel.

“Musuh kami menceroboh dan merosakkan tanah kami. Tidak cukup itu, mereka juga punca kanak-kanak menjadi yatim piatu dan wanita menjadi balu.

“Jadi, peperangan akan tercetus apabila ada musuh yang cuba menceroboh Palestin,” kata salah seorang tentera Al-Qassam yang pernah ditemu ramah oleh wartawan Astro Awani pada tahun 2012 yang lalu.

“Matlamat perjuangan mereka jelas, sangat berbeza dengan ISIS. Lebih parah, Israel mula menyebarkan kebencian terhadap Briged Al-Qassam dengan menyamakan mereka dengan ISIS.

“Dari Al-Qassam dan ISIS, kita kenal mana jihad yang betul dan mana jihad yang palsu. Sebab itu juga, Briged-Al Qassam ini adalah tentera yang paling digeruni Israel.

“Antara sebab Israel tak mulakan lagi serangan darat sebab takut dengan strategi Briged Al-Qassam.

“Salah satunya, Briged Al-Qassam gunakan terowong rahsia bawah tanah untuk buat serangan hendap terhadap tentera Israel.

“Terowong ni ada ribuan rangkaian dan kebanyakannya dipasang perangkap bom. Ramai tentera Israel terbunuh akibat perangkap bom tersebut,” jelasnya.

P/S" Marilah sama-sama kita sentiasa berdoa supaya pertumpahan darah di Palestin ini segera berakhir dan diminta semua pemimpin negara Islam bersatu-padu membantu Palestin menentang kekejaman tentera Zionis Israel Laknatullah.

Destination: