[VIDEO] "Aik 'Sotong' Pun Boleh Jadi Askar" - Video Tentera Israel Sakan Menari TikTok Lepas Serang Palestin Dikecam!
TERKINIRejim Zionis Israel semakin menunjukkan kekejaman mereka dengan tak henti-henti mengebom rakyat di utara dan selatan Gaza.
Namun, ramai menyifatkan tentera Israel sebagai pengecut kerana hanya berani melakukan serangan udara ke atas penduduk Palestin -- tetapi takut untuk berdepan dengan para mujahidin Al-Qassam menerusi jalan darat.
Briged Al-Qassam memaklumkan tentera Israel keluar dari kereta perisai mereka dan melarikan diri keluar semula dari Gaza melalui pagar sempadan ketika serang hendap berlaku.
Dalam pada itu, baru-baru ini tular sebuah klip menunjukkan salah seorang tentera Israel menari TikTok di pejabatnya selepas menyerang rakyat Gaza.
Video tersebut telah mendapat perhatian dan mengundang kecaman ramai terutamanya warganet di laman X gara-gara tariannya yang lembut itu.
— brgsjks (@brgsjks) October 22, 2023
Para warganet mengecam tentera itu dan pelik bagaimana dia boleh jadi salah seorang tentera Israel.
Ada juga yang berpendapat tentera Israel sebenarnya lemah kerana hanya berani menyerang kanak-kanak dan orang tua, bukannya tentera Hamas.
"Dia ni kalau masuk PLKN pun dah nangis rasanya. Tak payah hantar yang hebat-hebat. Hantar Dafi je cukup untuk dance-off. Confirm balik kem tersedu-sedan" - Warganet
Susulan tularnya video itu yang kini telah mencecah 3M views, 2.6K reposts dan 393 replies di laman X, rata-rata warganet di Malaysia turut membahan tentera Israel tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di laman X:
Sumber: Says.com