Saifuddin Nafi Trend Kes Orang Hilang Meningkat

TERKINI
July 23, 2024 - 06:02 PM


Sejak kebelakangan ini, ramai pengguna media sosial mendakwa kes orang hilang yang dilaporkan semakin meningkat dan menjadi trend yang tidak menyenangkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan tersebut.

Menurut beliau, berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), jumlah orang hilang yang dicatatkan adalah kekal sekitar 900 kes setiap tahun.

“Pada 2020 hingga Jun 2024, corak laporan polis terhadap insiden orang hilang ini ialah kekal (kira-kira) 900 setiap tahun.

“Daripada kes orang hilang yang dilaporkan, saya melihat peratusan yang ditemui itu tinggi antara 85 hingga 90 peratus, (manakala) yang kekal hilang antara 10 hingga 15 peratus. Ini data terbaru yang saya dapat dari JSJ,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Destination: