"Saya Tidak Pernah Arah Google Tutup Currency Exchange Di Search Box" - Fahmi Fadzil
TERKINIMenteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan dia tidak pernah memberi arahan kepada Google Malaysia untuk menutup kemudahan kadar pertukaran di kotak carian seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Katanya, penutupan kadar pertukaran di kotak carian Google dibuat selepas mendapat maklum balas daripada Bank Negara Malaysia.
Saya tidak pernah arah Google tutup currency exchange di search box seperti yang sdr tuduh.@GoogleMsia ambil tindakan menurunkan widget itu selepas mendapat maklumbalas @BNM_official.
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) August 15, 2024
Pihak Google memaklumkan mereka masih menjalankan ujian dengan FX data provider yg… https://t.co/deTzJDvyhW
“Saya tidak pernah arah Google tutup currency exchange (kadar pertukaran) di search box (kotak carian) seperti yang saudara tuduh.
“Google Malaysia ambil tindakan menurunkan ‘widget’ itu selepas mendapat maklum balas Bank Negara Malaysia,” ciapnya dalam satu hantaran di aplikasi X hari ini.
Ciapan beliau bagi membalas dakwaan seorang individu yang mengganggap ciri kadar pertukaran tiada dalam kotak carian adalah disebabkan arahan daripada kementeriannya.
Tambah Fahmi, Google memaklumkan pihaknya masih menjalankan ujian pembekal data FX yang telah dikenal pasti.
“Pihak Google memaklumkan mereka masih menjalankan ujian dengan pembekal data FX yang dikenal pasti, dan akan kembalikan ‘widget’ itu bila mereka lebih yakin kesilapan data tidak lagi berulang,” katanya.