"Sekmung Takda Common Sense!" - Nisa AI Kecewa Dengan Trend Komen TikTok

TERKINI
November 20, 2023 - 04:54 PM


Pengguna TikTok pasti sedar akan trend komen ‘tak boleh lawan Nisa Ai’  yang semakin berleluasa di platform tersebtu. Komen yang bermulanya sebagai jenaka berubah menjadi satu isu yang membuatkan pengguna lain rasa meluat.

Disebabkan itu, tuan punya badan sendiri tampil menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

@nesslow_

Harap korang semua faham 🙏🏻❤️

♬ Crolatte - Sped Up - Yunan Helmi

 

Nisa merupakan salah seorang talent yang berada di bawah naungan Youtuber terkenal Alieff Irfan. Alieff Irfan menubuhkan satu kumpulan yang diberi nama AI Team.

Nisa tidak menjangka dia video menari yang dibuat sekadar untuk berseronok menjadi viral di TikTok.

“Video itu trending disebabkan saya yang post. Dan saya pun tak sangka video itu boleh setrending itu.”

Tambahnya lagi, komen ‘tak boleh lawan Nisa AI‘ bermula apabila ada orang yang cuba tiru trend yang sama untuk tujuan marketing. Dari situlah, ramai netizen mula komen sedemikian bila ada pengguna media sosial yang lain cuba meniru aksi Nisa itu.

Akan tetapi, dia turut mengatakan bahawa trend itu menjadi semakin melampau apabila komen itu dihantar dalam video-video yang sensitif.

“Kenapa dekat video-video yang sensitif seperti video orang meninggal, ceramah ustaz dan video pasal Palestin, korang macam tak ada common sense langsung,” dengan nada tegas menempelak sesetengah individu yang dilihat tidak sensitif dengan tinggal komen di video-video yang tidak berkaitan.

Pada masa yang sama, dia menerima teguran netizen dengan hati yang terbuka. Namun begitu, Nisa turut menegur orang ramai supaya tidak ambil kesempatan atas isu ini sebagai tujuan bagi menaikkan nama mereka.

“Awak tegur saya ambil pegang produk, makanan, make-up dan sebagainya dengan mengatakan trend ini tidak bagus.

Destination: