Setelah Berpuasa Lebih Awal, Jemaah Di Yogyakarta Sambut Hari Raya Aidilfitri Hari Ini

TERKINI
April 05, 2024 - 12:14 PM


Sebelum ini, dilaporkan bahawa jemaah orang Islam di Yogyakarta telah menunaikan solat terawih awal berbanding umat Islam lain di Indonesia.

Terkini, menurut CNN Indonesia, Jemaah di Masjid Aolia Panggang, Giriharjo, Gunungkidul, Daerah Istimewa Yogyakarta telah melaksanakan solat hari raya aidilfitri pada hari ini, Jumaat.

Solat Aidilfitri yang dilakukan jemaah Masjid Aolia itu dilihat awal lima hari berbanding Aidilfitri versi Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang berkemungkinan jatuh pada 10 April 2024.

Menurut CNN Indonesia lagi, solat sunat Aidilfitri jemaah Masjid Aolia di Giriharjo telah berlangsung di beberapa kawasan.

Antara kawasan tersebut ialah Masjid Aolia dan kediaman ketua Jemaah Masjid Aolia, Raden Ibnu HajarPranolo di Dusun Panggang III, Giriharjo.

Ratusan jemaah Masjid Aolia dilihat telah membanjiri kedua-dua lokasi itu sejak pukul 6 pagi Waktu Indonesia Barat. Gema takbir juga telah berkumandang sehingga solat dimulakan pada pukul 7 pagi.

Untuk makluman, perkara ini bukan kali pertama berlaku kepada orang Islam di daerah tersebut. Ini kerana pada tahun lalu, jemaah Masjid Aolia turut mengadakan solat sunat hari raya lebih awal iaitu pada 20 April 2023 sedangkan hari raya versi MUI tahun lalu ditetapkan pada 21-22 April 2023.

Sebelum ini juga, media telah melaporkan bahawa jemaah masjid Aolia mula berpuasa awal pada hari Kamis, 7 Mac 2024. Sehubungan itu, Kepala Kantor Kementerian Agama (Kemenag) Kabupaten Gunungkidul telah memberikan penjelasan.

“Kementerian Agama telah menjelaskan kepada Mbah Ibnu (Imam masjid Aolia, KH Ibnu Hajar Pranolo) mengapa beliau memulakan tarawih malam tadi.

“Kami berjumpa dan (Ibnu) memberi penjelasan bahawa ia berdasarkan akidah beliau,” kata Ketua. Pejabat Kementerian Agama (Kankemenag) Gunungkidul, Sa’ Aban Nuroni pada Khamis lalu.

Kementerian Agama menghormati sikap golongan yang berbeza fahaman berhubung permulaan dan penghujung Ramadan.

Mengenai jemaah masjid Aolia yang menjalankan ibadah Ramadan awal, kata Nuroni, perkara itu sudah lama berlaku.

Tetapi kebiasaannya Jemaah Aolia hanya berbeza satu atau dua hari dengan kalendar biasa. Tahun ini perbezaannya adalah tiga hingga empat hari.

Beliau berkata, jemaah Aolia tidak mempunyai perbezaan dengan masyarakat Islam umumnya. Perbezaannya cuma pada sistem kalendar yang juga sering ditemui dalam kumpulan lain.

 

Sumber: CNN Indonesia & The Vocket

Destination: