Suami Hambat Isteri Dengan Penyapu Sebab Bag Ada Dadah Didakwa

TERKINI
March 21, 2024 - 04:14 PM


Gara-gara berang setelah menjumpai barang terlarang di dalam beg isteri, seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan memukul isteri dengan penyapu.

Sumber & Kredit: www.buletintv3.my

Tertuduh, Ahmad Farhan Azmeer Harun, 33 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicara selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Tarmizi Nik Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh memukul isterinya yang juga pengadu, berusia 43 tahun, dengan sebatang penyapu.

Kesalahan dilakukan pada 16 Mac jam, 6 petang di Kampung Kubang Tangga di Kuala Terengganu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000. Sebutan semula kes pada  17 April 2024.

Destination: