Tak Dapat Join Protes, Kanak-kanak Malaysia Anjur Perhimpunan Digital Pro-Palestin di Roblox
TERKINISejak isu Palestin menjadi tumpuan beberapa minggu kebelakangan ini, banyak perhimpunan dianjurkan untuk menunjukkan soladariti terhadap Palestin dan dihadiri oleh ratusan ribu manusia.
Namun, perhimpunan-perhimpunan yang dianjurkan itu tidak dapat disertai oleh kanak-kanak atas faktor umur yang muda dan juga keselamatan.
Hal tersebut menyebabkan sebilangan kanak-kanak Malaysia menganjurkan perhimpunan digital pro-Palestin di Roblox yang bertujuan untuk membantah pendudukan Israel di Palestin. Arena maya dimana tempat berlakunya 'perhimpunan' tersebut dicipta oleh @ROSHAnotGamer, pemain Malaysia dengan kira-kira 219,000 pengikut TikTok.
Video yang dikongsi di platform X tersebut mendapat perhatian ramai kerana dapat dilihat perhimpunan besar oleh pemain-pemain dari pelbagai negara.
Kids too young to go to protests are virtually marching for Palestine on Roblox pic.twitter.com/vpaZ7Bt2e9
— vids that go hard (@vidsthatgohard) October 24, 2023
Yang menariknya, perhimpunan tersebut berjaya dihadiri seramai 200 pemain dan karakter-karakter mereka dilihat mengibarkan bendera Palestin.
Seorang pengguna X daripada Algeria juga berkongsi bahawa sepupunya yang berusi 15 tahun telah menyertai protes di dalam Roblox itu.
y’all my cousin is 15 and couldn’t join a protest so she just went to one on roblox bro i’m crying 😭😭😭😭😭
— salsabeel سلسبيل 🦊🇵🇸 (@funnecfox) October 23, 2023
Video yang menunjukkan kanak-kanak bersoladariti terhadap Palestin itu mendapat perhatian ramai kerana dianggap unik dan kreatif. Siapa sangka, kanak-kanak juga dapat menunjukkan soladariti dengan menggunakan platform permainan untuk menunjukkan tanda sokongan terhadap Palestin.
Kredit: The Vocket