"Takkan Masih Fikir OKU Hanya Perlu Duduk Rumah" - Individu Ini Kongsi Kesukaran OKU Berkerusi Roda
TERKINIDi Malaysia, isu tentang kemudahan awam untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sering dipandang remeh oleh banyak pihak. Ini menyebabkan kelompok ini kelihatan terpinggir dan sebarang kemudahan awam yang dicipta dilihat tidak begitu mesra pengguna OKU.
Baru-baru ini menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, seorang lekaki telah berkongsi realiti kesukaran yang perlu dihadapi oleh golongan OKU yang berkerusi roda.
@braderwheelchair Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Inilah keadaan sebenar untuk kami yg berkerusi roda perlu hadapi bila keluar dari pintu rumah. Banyak tempat yg masih kurang kemudahan untuk oku. Yg mane ada kemudahan kebanyakannye tidak mengikut spec yg betul. Korang rasa betul tak?? Kalau betul mintak tolong share ramai ramai biar sampai dekat wakil oku, menteri dan jabatan yg sepatutnye jangan cakap jer pandai. Jom sama sama kita jadikan Malaysia salah satu negara yg mesra untuk oku. #awareness #fyp #kualalumpur #malaysia #oku #accessible #wheelchairlifestyle #wheelerangers #braderwheelchair #nobarriers #dbkl #kemudahanoku ♬ Very Sad - Enchan
Menerusi video dikongsikan, dapat dilihat sekumpulan OKU berkerusi roda mencuba untuk melintas jalan menggunakan lintasan belang yang ada bersebelahan bangunan berkembar KLCC.
Namun begitu, sekumpulan OKU tersebut menghadapi masalah kerana laluan pembahagi jalan itu mempunyai step atau permukaan tinggi sehingga memerlukan bantuan orang normal untuk menolak dari belakang bagi melepasi laluan tersebut.
Berdasarkan video itu, individu tersebut menyeru pihak bertanggungjawab untuk membina kemudahan mengikut spesifikasi khas untuk OKU berkerusi roda.
“Assalamualaikum & Salam Sejahtera, inilah keadaan sebenar untuk kami yang berkerusi roda perlu hadapi bila keluar dari pintu rumah.
“Banyak tempat yg masih kurang kemudahan untuk OKU, di mana ada kemudahan kebanyakannya tidak mengikut spec yg betul.
“Anda rasa betul tak? Kalau betul minta tolong share ramai-ramai biar sampai dekat wakil OKU, menteri dan jabatan yang sepatutnya.
“Jom sama sama kita jadikan Malaysia salah satu negara yg mesra untuk OKU,” ujarnya.
Sumber: TikTok