"Terangsang Tengok Wanita Hamil!" - Seorang Pakcik Kantoi Rakam Video Ibu Hamil Di Tempat Awam
TERKINIAntara momen yang dinanti-nantikan seorang wanita sudah tentunya fasa bakal bergelar menjadi seorang ibu. Rasa teruja dan berita gembira itu sering dikongsikan kepada keluarga, rakan terdekat mahupun di platdform media sosial
Namun siapa sangka, ada golongan yang "memburu" ibu-ibu hamil ini demi memuaskan nafsu serakah mereka. Golongan ini dipanggil Preggophiles, di mana di mereka menjadi teruja bila melihat ibu-ibu hamil.
Seorang wanita, berkongsi satu video di mana tertangkapnya seorang pakcik yang dipercayai seorang preggophiles.
@shiraatajudin Repost smula , tktau kenapa hilang .. mommies kt luar tgh pregnnt please berjaga2..kejadian smlm..i tgh pregnnt.. tk sgka pakcik ni follow i spnjg i berada dkt aeon.. i dgn hsbnd and anak2.. start perasan sbb pakcik ni follow and sentiasa ada diskeliling i , dia pegang hp sama mcm dlm video seolah mcm sedang merecord ..bila i rasa tk sedap hati bgtau hsbnd so hsbnd thn pakcik tu dan mntk untk tgk hp. Dia follow spnjg i ada dkt area bawah tu smpai la nk gerak balik ke basement pakcik tu ikut..alangkah terkejutnya tgk gmbr i mmg ada dlm hp pakcik ni..tlng hati2 smua kaum ibu.. sy yg pkai jubah pn blh terkena..pdahl kita mmg dgn suami🙏🏻 rasa tk selamat sgt.. still trauma and tkut..smlm pm mgigil dan mnngis.. smlm dkt sana juga kami dh buat laporan polis.tk sgka jadi dkt diri sndiri😩
♬ original sound - Shirakitchenshop
Video yang dimuatnaik @Shirakitchenshop ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibu-ibu hamil yang lain. Menurutnya, dia dan keluarga sedang menikmati waktu bersama di satu pusat membeli-belah. Namun, dia mula menyedari bahawa mereka sedang diikut rapat oleh seorang pakcik yang mencurigakan.
Pakcik tersebut sentiasa mengekori jejak langkah mereka sambil memegang telefon dan merakam video. Akibat rasa tidak sedap hati, Shira mengadu kepada suaminya dan terus menegur pakcik tersebut. Ternyata kata hatinya benar, terdapat banyak video dan gambar ibu mengandung pada telefon tersebut.
Shira menegaskan, apa yang berlaku tiada kena mengena dengan pakaiannya kerana ketika insiden itu berlaku dia berjubah. Jadi buat ibu-ibu hamil yang lain, moga sentiasa berhati-hati dan peka akan keadaan sekililing. Cuba sedaya upaya untuk menutup baby bump anda sebaik mungkin.