Kantin Sekolah Hidang Makanan Ala Bufet Jadi Bualan Warganet

TERKINI
July 24, 2024 - 03:39 PM


Makanan yang disediakan di kantin sekolah sudah tentu menjadi salah satu faktor utama dalam membantu pelajar untuk kekal cerdas dan juga sihat. Namun, siapa sangka ada satu sekolah yang menampilkan kelainan dalam menyediakan juadah buat pelajarnya.

Kantin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama Sungai Buloh menjadi bualan orang ramai apabila menyediakan pelbagai jualan makanan menarik untuk para pelajarnya dengan harga berpatutan.

@cikguctiey9681 Review menu kantin sekolah #fyp #foryou #learnontiktok #tiktokguru #ceritacikguctiey #cikguctieycikgusejarah #sutama ♬ original sound - CikguCtiey

Satu video yang dimuatnaik oleh video CikguCtiey di media sosial yang memaparkan pelbagai hidangan menyelerakan dari barat dan tempatan dijual di kantin berkenaan dengan penggunaan peralatan serta dekorasi menarik ala bufet

Antara menu yang disediakan adalah makaroni, sup cendawan, kebab, nasi berlauk, buah potong dan banyak lagi. Rata-rata reaksi warganet ramai yang berasa teruja untuk menjadi pelajar semula bahkan ada yang berseloroh untuk menikmati makan tengah hati di situ! 

Destination: