[VIDEO] "Nenek Pun Join Maraton!" - Orang Ramai Kagum Warga Emas Berjaya Tamatkan Larian

TERKINI
August 21, 2023 - 05:33 PM


Fenomena sukan larian jarak jauh makin lama makin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi pasca Covid-19. Ramai yang terjebak dengan acara sukan larian ini sehingga begitu banyak acara larian yang percuma mahupun berbayar mendapat sambutan hangat dari peserta.

Viral di platform TikTok, demam larian ini turut dirasai oleh seorang warga emas apabila video seorang nenek yang menamatkan larian dalam satu acara maraton yang dianjurkan di Melaka, semalam.

@_n.syaa_ Steady Nenek!!!💪🏻Semangat Merdeka🏃🏻‍♀️ #melakamarathon2023 #funrun #melakahawau #fyp #neneksteady #merdeka2023🇲🇾 ♬ 31 Ogos - Dato' Sudirman

Nenek yang tampil dengan pakaian yang cukup bersahaja dengan mengenakan busana jubah rona hijau dan tudung hitam. Lebih mengagumkan, nenek itu berjaya menamatkan lariannya dengan berselipar! Ini membuktikan amalan gaya hidup sihat wajar dipraktikkan biarpun sudah berusia!

Jadi anak muda? Tak rasa tercabar ke dengan semangat nenek kita ni? Tunggu apa lagi pergi ambik kasut dan mulakan larian pertama korang petang ini jugak!

Destination: