"Tertinggi Di Malaysia" - MRSM Ranau Kini Siap Dibina
TERKINIPembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Ranau, Sabah telah pun siap dibina dan dijangka akan memulakan pengambilan pelajar kumpulan pertamanya pada 2024.
MRSM tersebut adalah projek kerjasama antara Kerajaan Negeri, Petronas dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Ia akan menjadi tempat menimba ilmu bagi pelajar di daerah Ranau serta beberapa kawasan lain di bahagian pedalaman.
Memetik perkongsian di aplikasi X, pelajar kumpulan pertama bukan sahaja dapat menikmati segala kelengkapan sekolah yang serba baru dan moden malah turut berpeluang menikmati keindahan bayu dengan permandangan Gunung Kinabalu.
MRSM Ranau, MRSM tertinggi di Malaysia kini siap dibina.
— Samudera.my (@MySamudera) October 26, 2023
Terletak di kaki Gunung Kinabalu. Hasil kerjasama antara Kerajaan Negeri, Petronas dan MARA.
Bebenang 🧵 pic.twitter.com/tWYGiCqcNN
Berita tentang pembukaan MRSM ini telah menarik perhatian warga maya platform media sosial X. Ramai yang memberi komen, antaranya adalah:
“Main bola pun nanti seronok, berkabus sahaja macam di luar negara.”
“Macam seronok belajar di sini nanti. Sejuk macam cuaca di luar negara.”
“Seronoknya. Bangun tidur sudah boleh menikmati pemandangan cantik setiap hari. Jiwa pun tenang nak belajar.”
“Ini baru betul healing sambil belajar.”
Sumber: Sinar Bestari